Anda Seorang Yang Sangat Hebat.. Sila Klik Di Sini..

Tuesday, February 22, 2011

Berjaya Dengan 8 Langkah (Part 1)

Tak kire aper yang kite kejar, xkire ape pun impian kite, semestinye kite kene ader strategi. Bukan time keje or belajar jer kene ade strategi. Nak tekel pasangan memasing pon kene ader strategi. Contohnyer skang ni aku tengah tekel sorang Gadis yang gelaran name die bermula dengan 'D'. Ye, 'D' name dier, betul x tipu. Haha. So, aku gune strategi gak. Tapi sumenyer 'base' kat 8 strategi ni. Guna yang 8 ni ader pun caranye. Sebelum ape-ape strategi ni dimulakan. Start ngan Bismillah, Kekalkan time-time solat, Akhiri solat dengan doa. Then, act! So, ape 8 strategi tu?

Keinginan
Kerja
Terbaik
Fokus
Paksa
Layanan
Idea
Tekun

So, kalo korang nak tau mane aku dapat 8 istilah ni. Richard St John - Penulis buku. Aku salute ngan dier sebab dier teroka beribu Interview tuk dapat wat research pasal ni jer. Cam biase, aku memang tersuke nak kaji dan menghuraikan sume-sume yang terlintas kat kepale otak aku yang agak genius (puji diri sendiri sebab ... biase la. Korang pon tau ayat biase tu). Alright, jom :


Keinginan

Keinginan ape nih? dah korang nak berjaya. xkan la keinginan nak makan plak. So, sebenarnyer keinginan nak berjaya. Kene tanam dalam diri korang keinginan nak berjaya. Kene ader Dream and Goal. Ape pun yang kite lakukan. Letakkan 1 perkataan terakhir sebelum titik nokhtah tu. Means that, kite buat sesuatu mende dan finally ayat dier mesti, contohnyer: "aku dah wat mende ni dan akhirnyer BERJAYA." Buat sehabis baik untuk dapat perkataan terakhir tu. X der aper yang mustahil.

Cube 'avoid' dari pikir yang kite mungkin akan gagal. Sebab once kite dah mule pikir cam tu. Kite sebenarnyer kearah gagal.

Bile kite sume rase kite boleh berjaya dalam 1 mende, buat dan teruskan buat. Contohnyer bile kite raser kite nak jadik kaye. Keinginan dah ada. Tapi, mungkin kite akan terpikir "Aku xcukup support untuk buat mende ni, yela duit xder, cam ner nak berjaya." Buat sebaik yang mungkin dan duit akan menyusul kemudian.

Kalo kite letakkan duit sebagai 1 asas untuk berjaya. Kite silap sebab duit bukan segalanye. Duit cume salah satu part jer bile kite dah berjaya nanti. Kalo dah xder duit nak isi minyak kete, naik la motor, xcukup duit nak naik motor, naik la bas, xder duit langsung jalan la kaki, daripada jalan kaki tu la kekadang seseorang tu boleh berjaya. Dan, lebih berjaya dari orang yang naik kereta. Think about that one. Buang alasan-alasan yang mengarut tu. Sekali lagi, Kejar kejayaan tu dulu, dan duit akan menyusul kemudian. Jangan Risau k.

Dream aku nak success dalam hidup aku. Dan, aku nak sume orang tau yang aku dah success. Sebelum ni orang cume tau aku selalu sengkek, sederhana. Kali ni nak ubah. Sekali pikir, macam nak menunjuk-nunjuk pon ade. Sebenarnyer tak. Aku nak semua orang ikut rentak aku. Kalo aku boleh berjaya tak kan orang keliling aku xboleh berjaya. Lepas dah berjaya jugak la baru kite ader peluang untuk bercakap kat depan terangkan langkah-langkah berjaya. Kalo aku kat tahap bawah, rasernyer x layak nak bercakap camner nak bertahap atas. Dari situ gak la aku boleh sumbangkan sket sebanyak ilmu sekadar maksimum termampu.


Kerja

Buat kerja. Ape pon yang kite idamkan. Kerja keras untuk dapatkan semua tu. Jangan sesekali memilih kerja. Biar susah kerja, jangan susah cari kerja. Aku salah sorang yang aku agak bangga sebab aku xpernah pilih kerja.

Lepas SPM, aku kerja kat Putrajaya, Hitech Padu Sdn Bhd, next lepas 6 bulan, aku kerja car wash kat Taman aku, pastu berniaga kat Bandar Hilir, Melaka (skang dah tukar Dataran Pahlawan) kejap sebelom bertukar jadi pekebun kat Sg. Buluh. Then, Alhamdulillah masuk Politeknik pastu. Kesemua lebih kurang 4 kerja ni aku dapat buat dalam 1 tahun. Macam-macam mende aku belajar. Pahit manis sume redah. Tu sebelom Politeknik.

Time practical, Tuah Mahir Sdn Bhd. Jadik site supervisor 6 bulan. Lepas politeknik, keluar dengan diploma Kejuruteraan Elektrik, pastu sebulan jadik Cikgu sandaran Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang. Ajar Matematik darjah 4. Lepas tu dapat kerja kat Premier Solution Sdn Bhd. Jadik tukang paip. Di offer lepas tu kat Microcorp Technology Sdn Bhd jadik Site Consultant. Site nyer kat UiTM Puncak Alam. Next year dapat offer lagi jadik Service Engineer a.k.a Service Salesman kat Gemilang Asia Technology Sdn Bhd. Company ni supply equipment Hospital 1 Malaysia. Last skali skang ni kat AmAssurance KL. So, cube check balik. Xder 1 pon keje yang berkait dengan Elektrik yang aku dapat selepas aku keluar politeknik. Xder rezeki untuk ke TNB tp disebabkan x memilih kerja. Dapat gak kerja.

Daripada kerja-kerja yang pelbagai ni jugak la aku raser dah sampai mase nyer untuk aku kumpul semua pengalaman ni untuk aku start kearah BERJAYA. So, doa-doakan la aku k.

Untuk makhluk-makhluk yang still memilih kerja dah tu plak mengganggur lagi. Pergi la kerja, jangan menyusahkan mak bapak korang. Mak bapak korang dah cukup susah untuk jage korang time kecik-kecik dulu. Think again about that one. Semua kerja boleh berjaya. Antara korang nak atau xnak jer.



No comments:

Post a Comment