Anda Seorang Yang Sangat Hebat.. Sila Klik Di Sini..

Sunday, August 14, 2011

Berjaya Dengan 8 Langkah (Part 5)

Sambungan Dari Part 4..

Tekun

Point terakhir dalam topik 'Berjaya Dengan 8 Langkah'. Setiap perjuangan, setiap dugaan, setiap kejayaan, setiap langkah, even setiap kewujudan semestinya ada perjalanan yang tersendiri. Setiap perjalanan ini mesti dilakukan secara tekun dan istiqamah. Jatuh, dugaan, dan masalah memang benar kadang-kadang menurunkan mood kita yang sedang memuncak untuk kecapi apa pun. Hanya keTekunan saje yang boleh bantu untuk kita melupakan setiap dugaan yang sudah,sedang dan bakal menimpa.

Ramai di kalangan kita susah untuk mempraktikkan point ni. Apakah penyebab ketekunan ini boleh hilang? Antaranya perasaan Malas, Tidak Sabar dan sebagainya. Sudah menjadi lumrah setiap manusia susah untuk menghilangkan perkataan Malas dalam kehidupan seharian, sedangkan perkataan ini kita mampu untuk buang dari dalam diri masing-masing. Sebagai contoh, apabila seseorang itu memulakan perniagaan. Jual Burger. Secara Part Time atau sambilan. Keinginan utama yang ada dalam dirinya adalah ingin mendapatkan sejumlah wang yang lebih supaya kehidupannya lebih dari tahap selesa. Bulan pertama dia sangat bersemangat sehingga menjana keuntungan yang besar. Masuk kepada bulan kedua, timbul perasaan malas dengan alasan Penat. Maka, ada hari-hari yang dia tak nak berniaga. Dengan berpendapat, "Esok masih ada lagi hari". Kelihatan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tapi jangan lupa, pelanggan makin 'berbulu' sebab apabila mereka nak mencari burger time tu la tutup kedainya. Pelanggan2 mula berubah kepada peniaga burger yang lain.

Tidak sabar dalam menekunkan diri juga memainkan peranan yang amat penting. COntoh peniaga yang sama, tidak sabar mungkin wujud seperti ingin kaya cepat. Oleh sebab wujudnya perasaan demikian, maka dikurangkan inti-inti didalam Burger tersebut seperti mengurangkan kuantiti sayur di dalam burger tersebut. Perbuatan ini nampak seperti mengatakan 'ya' kepada kekayaan. Tetapi, hakikatnya tidak. Selepas pelanggan menyedari ianya berlaku, pelanggan akan angkat kaki dan berubah minat kepada peniaga lain. Maka, apa maknanya tidak sabar yang telah dilakukan peniaga ini. Nothing! banyak lagi contoh lain yang boleh difikirkan oleh semua.

Penyelesaian kepada masalah ini adalah Jom kite same2 tanamkan sifat Tekun. Baik dari peringkat pelajar sehinggalah yang sudah bekerja. Setiap ketekunan ini bukan penyebab kepada kekalutan, kepenatan, penyeksaan, mahupun masalah. Tetapi KeTEKUNan ini adalah penyebab besar kepada sesebuah Kejayaan. InsyaAllah.


KESIMPULAN | Berjaya Dengan 8 Langkah :

Kesemua 8 ini adalah relevan dilakukan kepada semua manusia disemua peringkat umur. Jom kita bergerak kepada 1 lagi level yang dinamakan Kejayaan. From the beginning, kita just bayangkan sebelum sampai ke Level Kejayaan ini terdapatnya 8 Level. Apakah 8 Level ini? ia adalah point-point yang diberikan dalam topik 'Berjaya Dengan 8 Langkah'. Apabila kita dapat menyelesaikan 1 daripada 8 point tersebut. Bermakna kita telah naik kepada 1 Level. Tinggal 7 Level je lagi untuk sampai ke Puncaknya. Dan begitulah seterusnya.

Selamat berjaya semua, SEE YOU ON TOP!

Tuesday, February 22, 2011

Berjaya Dengan 8 Langkah (Part 4)

Sambung Dari Part 3.. Selamat Membaca..

Layanan

Layanan dalam English, Serve. Kadang-kadang kite rase gaji yang kite dapat cukup-cukup makan. Kekadang kite raser cam tak berbaloi jer buat 1 mende yang cam tak dapat hasil yang memuaskan. Keje penat-penat tapi macam xder ape2 jer. Yup, pikir balik, betul ke kite betul-betul penat untuk dapat kan hasil yang tak memuaskan tu. Masalah ni banyak berlaku kepade budak-budak bisnes yang baru nak try buat bisnes. Dorang pikir bisnes ni mudah, jual 1 2 barang, boleh jadik kaya tak hengat punyer. Dah la sangat malas nak pegi carik pelanggan/customer baru. Lepas tu biler yang lame xnak lagi beli, mula la nak mengamuk tak tentu pasal. Biase, kan..

Ok! Kite check balik. Mane kesilapan die? antaranyer adalah Layanan. Kite cerita pasal camner untuk melayan kerenah pelanggan yang dah lame. Mungkin dorang makin lame makin bosan dengan kite. Sure la, hari-hari tengok mende same. Bukan semua org suke tuk setia. So kalo dah tau dier makin bosan, jadikan dier hepi balik. Cube avoid dari membuatkan dorang terfikir pasal bosan dengan kite. Tak perlu hadiah, duit dan sebagai nyer. Layanan bermaksud tanya khabar, sihat ke tak, tanya tengah wat pe, bercerita tentang isu semasa, bertukar-tukar kisah pengalaman, dan macam-macam lagi. So biler kite melayan dengan baik sehingga dorang raser seperti di anggap seperti something yang sangat baik, adekah dorang akan biar kan jer kite terus melayan cam tu jer? sure tak, sebab dari situ la dorang akan cube mencari kawan-kawan dorang dan memperkenalkan kite kepada dorang-dorang tu sumer. Kan dah makin besar network bisnes kite, kan. Mende ni ramai orang akan anggap biase, ye, biase. Tapi korang ni buat ker?

Tu layanan dari segi peribadi. Skang kite masuk kat Layanan dari segi fizikal plak. Ramai peniaga takot dengan perkataan Warranty. Tah ape yang takot sangat tah. Warranty maknenyer, sekiranye barang-barang yang dijual tidak elok atau tidak boleh membuat pelanggan suke, maka barang tersebut boleh la ditukar dengan barang-barang yang sama atau yang sama harga dengan barang yang asal. Warranty bukan bermaksud kite akan memulangkan duit atau sebagainye. Warranty juga perlu la ada tempohnye - 30 hari sehingga Setahun. tak salah untuk kite memberi jaminan lebih kerana ini adalah salah satu Layanan yang baik kepada pelanggan.

"Ala Murs, bisnes letak tepi la. Cube bayangkan ko Student. Camne plak ko nak cakap?"

Dah korang nak pandai. Buku adalah salah 1 punca tuk ko mencari sumber ilmu. Tapi seharusnye seorang yang pandai mesti otak dier sentiase tertanye-tanye macam-macam soalan. Kepada siapa dier ingin bertanye? Lecturer/Cikgu/Tenaga pengajar la. So, sehebat mana corak korang meLAYAN lecturer korang. Sehebat itu la ilmu yang korang terima. Yang pompuan ngorat-ngorat la lecturer korang. Ilmu kurang tapi markah tinggi. hehehe!

"Abang, saya asik kene tinggal ngan girlfriend saya jer. Camner nak wat ni?"

Ko layan girlfriend ko cam Bidadari ker layan cam Haram? Jawab la!


Idea

Tak perlu la diterangkan banyak-banyak, panjang-panjang pasal mende ni. Korang bercinta, korang hidup, korang kerje, korang wat sales, tak de Idea bernas, Semuanye Bungkus. Korang punya girlfriend yang kuat majuk, idea bernas digunakan untuk memujuk beliau. Kalo mantap lagi idea tu. Silap-silap beliau dah takkan merajok dah. Lagi hebat idea, beliau akan membenarkan korang mencari girlfriend nombor 2 dan sedia bermadu.

Korang hidup tak de idea tuk keluar dari kemurungan, kesedihan, dan malapetaka. Tak guna la hidup kot. Carik idea-idea bernas supaya kehidupan korang menjadi sangat baik. Ceria sentiase. Gembira di mate orang lain. Dan dari itu wujudnyer 1 kehidupan yang sangat disenangi orang lain. Dan biler kehidupan kite sangat di hormati dimata orang lain, percaya la. Segalanye akan mula berubah. Dari kite raser kite berseorangan. Kite akan mula didampingi ramai orang. Dan akan makin ramai org akan cube dekat dengan kite. Yang gembira akan terus muncul. Yang menyakiti dan yang teruk-teruk akan lenyap.

Kerje plak. Ape gunanyer kerja teruk-teruk siang malam pagi petang kalo ia memenatkan tapi hasilnyer - gaji tak la besar mane. lebih baik berniaga gula-gula. tak penat. hasilnyer tak lumayan gak. Ape yang perlu diubah? Yup, sistem kerja, create 1 sistem yang menyebabkan kite rase gembira dengan kerja tu. Dan dalam tak sangkanye, kite memudahkan segala urusan kerja. Tidak perlu penat lelah untuk siapkan sehelai baju dengan menjahit pakai tangan sendiri. Mungkin kite boleh cuba mendapatkan sebijik mesin jahit. Atau mungkin kite boleh mendapatkan tenaga kerja lebih tuk membantu menambahkan kuantiti penghasilan produk. Segalanye bermula dengan wujudnye Idea. Tak kire la ape pon jenis idea, idea nak betulkan sistem company ker, idea nak bodek bos ker, anak bos ker, sehingga la menjahanamkan company. Itu pon dikira Idea. Kite punya otak yang sangat geliga. Tidak bodoh. Tidak dungu. Sangat Idealistik untuk membuat keputusan dan penjanaan suatu keadaan atau benda yang terbaik. So selamat menggunakan dengan terbaik. Buat segalanye yang bernas supaya dapat naik pangkat dan gaji yang lumayan.

Sales. carik dan buat idea yang bernas untuk memantapkan penyampaian kepada pelanggan. Iklan kan secara besar-besaran tanpa ada rase malu. Mengapa perlu rase malu sedangkan kite berbuat sesuatu yang sangat berkat dan halal. Kite mempunyai internet, media cetak, mulut, telefon. Cari idea-idea baru untuk memantapkan lagi kuase penjualan yang kite ade. Mungkin hari ini kite merasakan kurangnya pelanggan disebabkan percakapan kite yang terlalu laju. Cari idea baru supaya keadaan itu boleh di Control sebaiknye. Mungkin material kurang menyerlah sehingga kurang membuat pelanggan percaya kepadanye. Create idea untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini.


Camner Bill Gates boleh menghasilkan 1 mende yang tidak ade company lain boleh tandingi dari segi sistem yang sangat baik (Microsoft). Tak kire la Windows jenis ape pon keluar, orang sentiase mahukan yang terbaru. Dan setiap orang merasekan mereka wajib tuk dapatkan yang terbaru. Giler, kan? Tp ini la dikatekan idea yang bernas yang wujud nyer dari seorang 'bukan' dari golongan Genius. Bukti Bill Gates tak genius? Bill Gates ditendang University sebab terlalu corot. Korang yang tak pernah ditendang universiti, maknenyer korang lebih Idealistik dari Bill Gates.

Sambung nanti erh!



Berjaya Dengan 8 Langkah (Part 3)

Ni Sambungan Dari Part 2..~ Lalala!

Paksa

Dalam kelapan-lapan point ni, ni yang paling susah kite nak buat. Perlukan kekuatan yang maksimum untuk pecahkan 'dinding' ni. Paksa aper ni? Ok, antara yang paling ketara yang ada dalam diri seseorang tu adalah sifat malu. Malu bertanyer, malu nak pegi jumpe orang, malu nak berniaga, dan sebagainye. Malu ni cume 1 sifat yang perlu ada dalam diri seseorang. Tapi, bukan semua bende yang kite hadapi kite perlu malu. Kite tengok contoh orang-orang yang dah berjaya.

Kite tengok kat penyanyi dulu la. Kalo dier malu nak menyanyi kat depan orang ramai dah tentu sampai bile pon dier xkan boleh penyanyi. Ape yang dier perlu buat adalah PAKSA diri dier untuk buang sifat malu tu. Berani untuk hadap orang ramai, berani untuk berdiri atas Stage, berani untuk lemparkan 'pitching' yang dier sendiri risau takut-takut x sampai pulak dan sebagainye. Oleh sebab dier memakse diri dier untuk membuat mende-mende camtu akhirnyer, dier bertukar dari seorang yang pemalu kepada seorang yang berani berhadapan beribu orang di depan dier, dier berani menyanyikan lagu yang orang lain xsangka pitching dier boleh sampai tahap 'giler' dan sebagainye. Dan dengan itu dier berjaya menjadi seorang penyanyi yang sangat hebat.

Tengok kat penceramah pulak, seorang penceramah tau dier mempunyai ilmu yang sangat tinggi dan dier raser dah sampai masenyer untuk dier mule untuk menyebarkannyer. Apekah caranye, just berdiri depan orang ramai dan sampaikan. Senang jer,kan. Tapi akan jadik susah biler terase diri dier malu untuk berdiri depan orang ramai. Dengan PAKSA jugak la sifat malu tu boleh hilang dan semua ilmu tu boleh disampaikan kat umum.

Rasekan diri kite semua ni mempunyai kekurangan. Rendahkan diri dan raser yang kite masih perlu belajar sane sini. Dengan adanye sifat camni, kite akan mula mencari dimane kelebihan yang perlu kite tambah dalam kekurangan kite ni. Buang sifat malu dengan cara PAKSA. Dan yakin la kite akan berjaya. Buang perasaan malu untuk bertanye dan mulakan mendengar disamping kite sentiase mencari dimane kalo-kalo ader peluang untuk kite berjaya. Bercampur dengan semua lapisan masyarakat. Xkire dier tukang sapu sampah, kuli, suri rumah, manager-manager company, bos-bos besar company, Dato'-dato', Tan Sri, Tun dan sebagainye, mereka adalah manusia. Paksa diri kite untuk sentiase mencari apekah rahsia kejayaan mereka.

Mungkin kite raser diri kite xcukup kuat untuk paksa buang perasaan malu, malas, dan belajar ni. Sebenarnyer orang keliling kite sedang memakse kite tanpa kite sedari. Kawan-kawan yang sentiase tanyer biler nak kawin? Kite akan jawab "ala.. nanti la" Jangan jawab macam tu. Biler kite jawab camtu bermaksud kite belom bersedia dan kite masih tidak berusaha untuk kearah tu. Jawab "tu la, tengah kumpul duit". Dan lakukan yang sepatutnyer untuk segerakan impian kawan-kawan kite tu. Tak cukup ngan tu, sebenarnyer mak bapak kite antara yang orang yang paling kuat memakse kite. Kite akan cube beranggapan, "eh! xdela, mak aku xpenah pakse aku la, lagi menghalang ade ar". Sebenarnyer mereka memakse kite. Contohnyer, bile seseorang memulakan satu bisnes, semua orang tau bisnes tidak mempunyai gaji tetap. Semuanyer berdasarkan keuntungan. Mak kite akan setiasa cakap, "eh! xpayah la, keje jer macam biase ape salah nyer". Mak kite sebenarnyer takut kalo kite xberjaya dan kecewa. Jadikan ayat tu sebagai 1 PAKSAan untuk kite berjaya. Kite usaha secepat mungkin untuk buktikan bahawa bisnes adalah lebih stabil dari makan gaji. 'Prove'kan kat dier. InsyaAllah mulut dier akan tertutup sekejap. Lepas tu ade la lagi mende-mende lain menyusul. Biase la, semua mak camtu.

Diri aku mempunyai sifat malu yang terlampau extreme. Malu nak jumpe client. Xreti ape nak cite depan client biler dah jumpe. Agak pemalu aku ni sebenarnyer (ececece..) Puas aku nak ubah tapi x mampu. Sampai 1 tahap aku raser, yup, aku suke untuk dimalukan. Ni yang menguatkan semangat aku untuk terus ngan bisnes ape yang aku tengah wat skang ni. Dengan merasekan Malu adalah 'dinding' terkeras untuk aku berjaya, aku kene usaha pecahkan 'dinding' ni secepat mungkin. Xkire just sepak ker, gune tukul ker, atau bom ker satu mase nanti aku akan pastikan dinding ni pecah gak.

Nanti kite sambung sket jer lagi erh..~ Lalalala!



Berjaya Dengan 8 Langkah (Part 2)

Sambungan dari part 1..

Terbaik

Buat yang terbaik. Kite ade cita-cita, keinginan, pastu sedang buat kerja, buat dengan sehabis baik. Kalo kite tengok balik kenape kite boleh give up kat pertengahan jalan. Sebenarnyer kite xbuat dengan terbaik. Untuk dapat yang terbaik kite kene buat berkali-kali. Ape yang kite dah buat adalah mende yang baik. Tapi untuk dapat yang TERbaik kite kene buat baik tu banyak-banyak kali.Berkali-kali tu akan jadik Practice. Practice dan terus practice. Agak blur ayat ni. Tapi, renungkan lame-lame. Last kite akan paham la.

Untuk berjaya kite kene practice dan terus practice. Bukan senang untuk berjaya. Untuk berjaya xder pernahnyer orang tu berjaya dengan cara Magic. Wah! tibe-tibe dier kaye. Magicnyer. Pentipu. Mesti ader jalan untuk die berjaya. Semestinyer dier dah buat yang terbaik berkali-kali sampai 1 tahap dier dah lebih baik dari kite semua.

Daripada practice yang banyak-banyak kali tu la kite akan dapat belajar kat mane kesilapan, kekurangan. Daripada kekurangan tu kite tambah sket supaye dier makin perfect. Yang tersilap tu diperbetulkan. Yang dah betul tu jadikan perfect. Bile semua dah tersusun rapi. Kite akan dapat terbaik. Dan mase tu ape yang kite buat semua orang akan setuju.

Kerja aku skang ni, aku kerja AmAssurance. Orang kate Budak Insurans. Sume orang akan cube lari sejauh mungkin dari kitorang. Kalo ader Kitorang, pastu ader Singa, dan orang yang tau kitorang ni buat insurans. Orang tu akan lebih takut kitorang dari singa tu. Toksah kate orang tu jer takot. Singa tu pon akan lari sejauh mungkin dari kitorang. Tapi percaya la. Kitorang ni sebenarnyer nak protect korang dari pelbagai masalah yang datang xtau bile. Sebab tu la kitorang x biarkan korang lari jauh-jauh. Kitorang akan terus kejar sampai dapat. Bile dah dapat bukan kitorang nak makan. kitorang akan Educate korang. Ajar jalan terbaik untuk 'save'kan duit korang dari tersesat tah kemane. Atlast bile jadik mende x diingini. Koyak! xder duit.

So dalam kerja ni 'Educate' tu kitorang kene sentiase practice. Macam-macam kene ubah dari perasaan malu sampai la tahap cara menerangkan. Kesemuanyer perlu di'Practice'. Kalo pada tahap awal mungkin dari 30 orang yang aku jumpe sorang jer melekat. Kalo aku keep practice 1 mase nanti dari 30 orang tadi, kesemuanyer melekat. Ha! so kene la practice selalu.


Fokus

Aper yang korang buat pastikan fokus. Aim betul-betul kat titik kejayaan tu then buat je keje. Kot-kot ader angin lintang ke, lubang ke, penghalang ker, semak ke, mulut-mulut yang agak laser ke, redah je. Kalo tetibe datang plak sorang yang ngengade tarik kite untuk ke belakang balik, pukul jer sampai dier lepaskan kite. Pastu teruskan kepade ape yang kite aim tu. Jangan pukul betul-betul plak. Pukul dengan cara educate dier or bagi dier confident ngan ape yang kite sedang fokus. Educate dier sampai dier paham. Kalo dier x paham gak. Pukul dier ngan cara lain plak. Suro org lain nasihatkan dier.

Setiap orang bukan senang untuk fokus sesuatu. Masalah-masalah peribadi biasenyer akan menyebabkan kite hilang fokus or tersasar dari fokus tu. Contohnyer:

Tengah-tengah nak buat, terpikir hutang-hutang yang belom dilangsaikan lagi, pemiutang pulak x paham bahase bile kite mintak tangguh. Pasangan same ader Girlfriend or Boyfriend lari bile tengok kite ni terlalu sibuk. Bile terlalu banyak Invest kat Bisnes yang baru nak naik. Kete pulak kene tarik. Kawan pon ramai lari sebab tau yang kite sedang buat bisnes. Diorang takot kalo kite pakse diorang beli barang kite. Dan macam-macam lagi.

Setiap masalah boleh diselesaikan. Tapi kene paham, Bile masalah tu boleh diselesaikan? Itu terpulang pada individu tu sendiri. Ok, salah satu cara. Tulis kesemua masalah-masalah kite kat atas kertas putih A4. List kan satu persatu. Kalo ader 20 pon 20 la. Pastu mark yang mane paling penting untuk diselesaikan. Katekan hutang, divide kan yang mane hutang perlu diselesaikan. Then mark jugak masalah mane yang perlu dilupekan untuk sementara. Contohnyer, GF or BF lari. Ah! Biar jer dier lari. Anggap la kite tengah susah skang, dah tu dier bukan nak support, tapi makin menyusahkan. Ingat, bile kite dah berjaya semua orang akan suke kite. Time tu pilih la yang mane Suitable untuk kite. Kete plak kene tarik, naik bas untuk sementara waktu. Susah sekarang x bermakne kite akan terus susah selamenyer. Dengan syarat kite usaha untuk ubah. Kalo raser kite susah nak berdamping ngan kawan-kawan sekarang, it's ok. Sentiase pikir, ramai lagi orang kat luar sane yang sedang mengalu-alukan kite untuk menjadi kawan diorang.

Allah Taala x kan uji kite dengan ujian yang kite sendiri tak mampu selesaikan. Sabar, amik mase, usaha. InsyaAllah. Semuanyer akan selesai. Cam keje aku skang. Aku mungkin boleh fokus kearah tu. Tapi modal untuk bergerak xder, ape yang aku boleh buat adalah pinjam ngan member aku. Satu mase nanti bile dah stabil dan berjaya. Aku akan bayar duit dier dan aku akan pastikan aku xkan lupe kat ape yang dier dah spend kat aku. Dengan fokus jugak la kekadang boleh menyebabkan aku lupe yang aku sedang hilang ramai kawan yang aku anggap kawan sebenarnyer tak. Dan aku jumpe lebih ramai kawan yang aku raser ye dier la kawan sebenarnyer. Dalam maksud yang lain bile aku ade mende yang aku fokus ni, sikit-sikit dan lame-lame sume masalah aku nampak kecik sangat, macam xder jer. Yang aku nampak adalah mase depan aku yang makin cerah.

Nanti ade part 3 Plak..



Berjaya Dengan 8 Langkah (Part 1)

Tak kire aper yang kite kejar, xkire ape pun impian kite, semestinye kite kene ader strategi. Bukan time keje or belajar jer kene ade strategi. Nak tekel pasangan memasing pon kene ader strategi. Contohnyer skang ni aku tengah tekel sorang Gadis yang gelaran name die bermula dengan 'D'. Ye, 'D' name dier, betul x tipu. Haha. So, aku gune strategi gak. Tapi sumenyer 'base' kat 8 strategi ni. Guna yang 8 ni ader pun caranye. Sebelum ape-ape strategi ni dimulakan. Start ngan Bismillah, Kekalkan time-time solat, Akhiri solat dengan doa. Then, act! So, ape 8 strategi tu?

Keinginan
Kerja
Terbaik
Fokus
Paksa
Layanan
Idea
Tekun

So, kalo korang nak tau mane aku dapat 8 istilah ni. Richard St John - Penulis buku. Aku salute ngan dier sebab dier teroka beribu Interview tuk dapat wat research pasal ni jer. Cam biase, aku memang tersuke nak kaji dan menghuraikan sume-sume yang terlintas kat kepale otak aku yang agak genius (puji diri sendiri sebab ... biase la. Korang pon tau ayat biase tu). Alright, jom :


Keinginan

Keinginan ape nih? dah korang nak berjaya. xkan la keinginan nak makan plak. So, sebenarnyer keinginan nak berjaya. Kene tanam dalam diri korang keinginan nak berjaya. Kene ader Dream and Goal. Ape pun yang kite lakukan. Letakkan 1 perkataan terakhir sebelum titik nokhtah tu. Means that, kite buat sesuatu mende dan finally ayat dier mesti, contohnyer: "aku dah wat mende ni dan akhirnyer BERJAYA." Buat sehabis baik untuk dapat perkataan terakhir tu. X der aper yang mustahil.

Cube 'avoid' dari pikir yang kite mungkin akan gagal. Sebab once kite dah mule pikir cam tu. Kite sebenarnyer kearah gagal.

Bile kite sume rase kite boleh berjaya dalam 1 mende, buat dan teruskan buat. Contohnyer bile kite raser kite nak jadik kaye. Keinginan dah ada. Tapi, mungkin kite akan terpikir "Aku xcukup support untuk buat mende ni, yela duit xder, cam ner nak berjaya." Buat sebaik yang mungkin dan duit akan menyusul kemudian.

Kalo kite letakkan duit sebagai 1 asas untuk berjaya. Kite silap sebab duit bukan segalanye. Duit cume salah satu part jer bile kite dah berjaya nanti. Kalo dah xder duit nak isi minyak kete, naik la motor, xcukup duit nak naik motor, naik la bas, xder duit langsung jalan la kaki, daripada jalan kaki tu la kekadang seseorang tu boleh berjaya. Dan, lebih berjaya dari orang yang naik kereta. Think about that one. Buang alasan-alasan yang mengarut tu. Sekali lagi, Kejar kejayaan tu dulu, dan duit akan menyusul kemudian. Jangan Risau k.

Dream aku nak success dalam hidup aku. Dan, aku nak sume orang tau yang aku dah success. Sebelum ni orang cume tau aku selalu sengkek, sederhana. Kali ni nak ubah. Sekali pikir, macam nak menunjuk-nunjuk pon ade. Sebenarnyer tak. Aku nak semua orang ikut rentak aku. Kalo aku boleh berjaya tak kan orang keliling aku xboleh berjaya. Lepas dah berjaya jugak la baru kite ader peluang untuk bercakap kat depan terangkan langkah-langkah berjaya. Kalo aku kat tahap bawah, rasernyer x layak nak bercakap camner nak bertahap atas. Dari situ gak la aku boleh sumbangkan sket sebanyak ilmu sekadar maksimum termampu.


Kerja

Buat kerja. Ape pon yang kite idamkan. Kerja keras untuk dapatkan semua tu. Jangan sesekali memilih kerja. Biar susah kerja, jangan susah cari kerja. Aku salah sorang yang aku agak bangga sebab aku xpernah pilih kerja.

Lepas SPM, aku kerja kat Putrajaya, Hitech Padu Sdn Bhd, next lepas 6 bulan, aku kerja car wash kat Taman aku, pastu berniaga kat Bandar Hilir, Melaka (skang dah tukar Dataran Pahlawan) kejap sebelom bertukar jadi pekebun kat Sg. Buluh. Then, Alhamdulillah masuk Politeknik pastu. Kesemua lebih kurang 4 kerja ni aku dapat buat dalam 1 tahun. Macam-macam mende aku belajar. Pahit manis sume redah. Tu sebelom Politeknik.

Time practical, Tuah Mahir Sdn Bhd. Jadik site supervisor 6 bulan. Lepas politeknik, keluar dengan diploma Kejuruteraan Elektrik, pastu sebulan jadik Cikgu sandaran Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang. Ajar Matematik darjah 4. Lepas tu dapat kerja kat Premier Solution Sdn Bhd. Jadik tukang paip. Di offer lepas tu kat Microcorp Technology Sdn Bhd jadik Site Consultant. Site nyer kat UiTM Puncak Alam. Next year dapat offer lagi jadik Service Engineer a.k.a Service Salesman kat Gemilang Asia Technology Sdn Bhd. Company ni supply equipment Hospital 1 Malaysia. Last skali skang ni kat AmAssurance KL. So, cube check balik. Xder 1 pon keje yang berkait dengan Elektrik yang aku dapat selepas aku keluar politeknik. Xder rezeki untuk ke TNB tp disebabkan x memilih kerja. Dapat gak kerja.

Daripada kerja-kerja yang pelbagai ni jugak la aku raser dah sampai mase nyer untuk aku kumpul semua pengalaman ni untuk aku start kearah BERJAYA. So, doa-doakan la aku k.

Untuk makhluk-makhluk yang still memilih kerja dah tu plak mengganggur lagi. Pergi la kerja, jangan menyusahkan mak bapak korang. Mak bapak korang dah cukup susah untuk jage korang time kecik-kecik dulu. Think again about that one. Semua kerja boleh berjaya. Antara korang nak atau xnak jer.



Impian Dan Sasaran


Petang ni nak cite satu pepatah yang aku dapat dari salah sorang bos aku. Dier selalu la anta SMS berbau motivation ni. Dalam seminggu tu ade la sekali kot. Tu pon dier forward kat Fatah (salah sorang senior aku ar). Pastu Fatah akan forward ke org lain. Eh, Panjang plak cite nyer kang. So, pepatah tu bunyik dier :

"Dreams Without Goal Is Like A 'Day Dream', Goals Without Dreams Is A 'Nightmare'.." - Japanese Proverb

Aku x nak terus bincangkan pasal maksud pepatah ni dulu. Istilah tu dulu kite usha. Sebab raser cam mudah nak faham tapi Ape tu Dream (Impian)? Ape plak Goal (Sasaran)? Lain perkataan tapi cam same jer maksud dier. Jom kite pikir-pikir jap.

Impian dan Sasaran adalah pada asalnya macam sama dari segi makna. Tapi sebenarnya, tak. Perbezaan-perbezaan yang kita boleh buat dan ungkapkan:

Nombor 1

Dari segi masa. Mimpi ni kite xmemerlukan had masa atau 1 tempoh untuk kite usaha mendapatkannya. Contohnya kite mimpikan kite kawin ngan Agnes Monica (mimpi jiran sebelah la ni. hahaha. terbocor la plak) Xperlu la nak berusaha sebab xkan dapat la kot.

Sasaran ni adalah 1 pemikiran yang kite buat dan pemikiran tu kite usahakan dalam 1 tempoh xkire la sehari, seminggu, sebulan, setahun ataupon sepuloh tahun lagi. Yang penting ade 1 had masa. Contohnya aku nak kawin ngan pompuan baik-baik yang agak comel, kulit bersih, ade background agama yang baik, sangat baik hati dier, parent dier baik, sporting, pandai masak, bla bla bla.. Dan aku usaha untuk carik dier kat mane2 pon. Biler nak carik tu? Tengah carik la ni. Kang dah jumpe aku bagitau la. Haha!

Kite boleh gak relate kan dengan mende-mende yang lain cam dari segi kewangan, akademik, dan lain-lain.

Nombor 2

Dari segi usaha dan strategi. Dah tentu bile kite sekadar bermimpi, tidak akan ada ape2 strategi pon yang terlintas dalam otak kite untuk kecapi mende-mende tu. Contohnyer bermimpi nak naik ke bulan. Ye, sekadar bermimpi pijak bulan ngan kaki kanan pastu guling-guling atas tanah kat bulan, pacak bendera Malaysia, pastu siap tulis 'Murs was Here' ke ape ke. Lepas bermimpi tu gi sambung basuh stokin. (contoh jer la. Jangan tiru k) Makne nyer sampai situ jer la bermimpi pon.

Sasaran plak. Direct kat contoh la. Aku nak dapat satu gaji yang agak besar dalam minggu ni. Nak dapat 400 Ringgit duit lebih. Camner ek? Bermula la kite terfikir dimana strategi untuk mendapatkan duit sebanyak tu. Mungkin kite boleh join MLM (contoh la. Eh! aku dah xwat dah. Saje benti) X pon buat bisnes kecik-kecik. Jual kuih ker. See, itu la sasaran yang sentiase melibatkan strategi.

Nombor 3

Dari segi emosi dan perasaan plak berdasarkan cabaran. Sekadar bermimpi kite xder cabaran dan x kan mudah untuk berasa excited, penat, terase nak give up, kecewa, tertanye2, dan sebagainye. Contoh lagi cam, aku nak join club Chelsea. Fuh! Dapat lepak minum-minum ngan Lampard, rembat skandal-skandal Terry and macam-macam lagi la. Aku xder raser excited nak lepak ngan Lampard pastu xder plak raser nak jeles biler tengok Terry ader skandal sane sini. Ye x? Ha! Camtu la.

Sasaran ni satu mende yang kite kejar. Sasaran ni cabaran sebenarnye. Cabaran ker? Cabaran boleh menyebabkan emosi terganggu ker? Eh! emosi terganggu wei! Contoh - Aku nak jadik Jutawan. Hari ni wat sales. Tetibe x jadik plak. Sakit kepala, sakit ati, kecewa sket pon ader. Lepas pk yang positif, dah bertukar la plak jadik lebih semangat, jadik lebih yakin. Kelam kabut emosi bile main ngan sasaran ni. Nampak cam teruk. Tapi bile dah dapat. Woo! Happy giler punyer. Emosi gak tu.

Nombor 4

Aper Lagi Ek? Banyak lagi la sebenarnyer. Korang create idea korang, tambah-tambah sket, sampai-sampai kan la kat blog korang plak. Xder nyer nak aku saman korang. Ilmu yang korang sampaikan kat orang-orang lain tu adalah pahala yang x akan putus selamanye. Kite dah duk dalam bilik bawah tanah pon pahala tu still berjalan. Tu yang aku cube sampaikan.

Orait, berbalik kepada pepatah tadi k. Kite nampak Dream (Impian) dan Goal (Sasaran) disatukan dalam 1 ayat, right? Dan kite tahu kedua-dua nye macam sama tapi dah pon dibezakan. Apekah kaitan 2 istilah ni dalam pepatah tu? Sebenarnye ia bermaksud,

1) Impian tanpa sasaran yang beserta usaha itu adalah sekadar angan-angan. Yela, berangan jer tanpa usaha mane bleh. Tukang sapu sampah berangan nak pakai BMW. tapi esok pon keje situ gak. Xnak berfikir mane jalan untuk dier berubah. pon Xleh gak.

2) Kite punyai sasaran means kite ader usaha, kite tau kite nak bile mende tu dapat, kite xkisah aper pon emosi kite akan lalui, kemane kite nak pegi, tapi kite xtau untuk ape kite buat dan kite xtau kemane kite nak pegi. Mimpi ngeri tu. Ape kejadah kite wat mende tu sume kalo xder impian.

So, same-same la kite berusaha memantapkan diri kite, ubah cara hidup kite, dari kurang berjaya ke lebih berjaya. Buat yang terbaik. Aku tulis banyak-banyak ni untuk diri aku sebenarnyer. Motivate diri sendiri untuk mase depan yang lebih cerah. Macam-macam cara kite boleh buat untuk berubah. Antara nak atau x nak.

K La.. Aku pon dah wat berjaya wat si dia merajok.. so kene pujuk.. Lalalala~

"Berangan Dan Buat La Seberapa Banyak Impian. Seterusnya, Sertakan Sekali Dengan Sasaran. InsyaAllah, Kite Akan Dapat KESEMUA tu. yup, KESEMUANYER! Because LIFE HAS NO LIMIT! Tapi.. Jangan Salah Guna Kan Istilah Ni.. Sebab Mestilah Limit Kan Pendirian.. "

Salam!



Diri Kite Yang Best.. (Part 3)


Aku nak cite pasal 1 mende yang agak susah kite nak buang. Kalo y'all bace yang sebelum ni (Part 2), kite sume mungkin boleh pikir yang positif tolak negatif. Tapi kite lupe mende tu sentiase tercampak melekat dalam diri kite. Sama ada kite pikir yang positif atau tak. Mesti mende tu ader punye. Bende tu adalah :

"STRESS"

Dalam bahase melayu nyer boleh la kite maksudkan "tekanan". Jom kite kaji sket tekanan tu ape. Tekanan tu adalah 1 mende yang agak dibenci dalam sume keadaan. Contoh nyer dier di tekan oleh mak dier untuk pegi kawin sedangkan umo dier baru 15 tahun. X pun, gi keje di bayar gaji untuk 8 jam tapi terpakse bekerje untuk 15 jam. Banyak lagi contoh-contoh tekanan yang kite boleh cite.

Stress ni datang dalam pelbagai sudut. Sudut yang paling senang untuk di handle adalah stress yang datang dari dalam diri kite sendiri. Contoh nyer kite nak berjaya, tapi takot plak kalo-kalo x jadik aper nak kite buat. Ha, tu dari diri kite la tu. Senang jer nak handle, right? X payah pikir la mende-mende tu. Buang jer jauh-jauh. Fokus dengan ape yang cerah-cerah kat depan tu. Jangan bergantung kepada 1 mende yang boleh menyebabkan anda melompat kebelakang balik. Stress yang datang dari sudut lain cam stress ngan parents, kengkawan, adik beradik, jiran-jiran atau sesape jer la. Pon boleh selesai gak. Camner cara nyer? Antara ignore kan dorang-dorang tu sumer atau pun berbincang dengan dorang. Carik jalan supaye sume usaha yang kite sedang buat untuk berjaya ni dipermudahkan dan x der aper yang boleh mengganggu semua usaha-usaha kite ni.

Nampak cam kecik jer Stress ni. Tapi, ini la punca terbesar kenape kite selalu gagal. And, secara x langsung korang yang kene penyakit ni akan terus "Give Up". Avoid la mende ni. Kite sume adalah manusia yang terbaik, kan? Xkan kite nak sampai kite digelar "Loser"? Jadik la terbaik. Hari ni aku nak tunjuk kat korang 2 orang yang membuatkan aku semakin kuat untuk tempuh sumer dugaan dalam hidup aku. (Banyak weih dugaan aku.. mak aku pon meleleh air mate biler tau aper yang aku tempuh ni..) Orang tersebut adalah:

1) Nick Vujicic
2) Team Hoyt (Dick Hoyt Ngan Rick Hoyt)

Cari la dalam youtube. Ini antara orang yang dah patut Give Up tapi dorang buktikan kat dunia yang bukan semudah petik jari jer dorang nak give up. Life kene teruskan. Kengkawan, Kalo boleh, takkan kite yang sempurna ni xboleh. Ape, kite ni lagi teruk dari dorang ker? Tanye diri kite sendiri.

"Yakin La Kite Sume Ni Best Of The Best"