Anda Seorang Yang Sangat Hebat.. Sila Klik Di Sini..

Sunday, August 14, 2011

Berjaya Dengan 8 Langkah (Part 5)

Sambungan Dari Part 4..

Tekun

Point terakhir dalam topik 'Berjaya Dengan 8 Langkah'. Setiap perjuangan, setiap dugaan, setiap kejayaan, setiap langkah, even setiap kewujudan semestinya ada perjalanan yang tersendiri. Setiap perjalanan ini mesti dilakukan secara tekun dan istiqamah. Jatuh, dugaan, dan masalah memang benar kadang-kadang menurunkan mood kita yang sedang memuncak untuk kecapi apa pun. Hanya keTekunan saje yang boleh bantu untuk kita melupakan setiap dugaan yang sudah,sedang dan bakal menimpa.

Ramai di kalangan kita susah untuk mempraktikkan point ni. Apakah penyebab ketekunan ini boleh hilang? Antaranya perasaan Malas, Tidak Sabar dan sebagainya. Sudah menjadi lumrah setiap manusia susah untuk menghilangkan perkataan Malas dalam kehidupan seharian, sedangkan perkataan ini kita mampu untuk buang dari dalam diri masing-masing. Sebagai contoh, apabila seseorang itu memulakan perniagaan. Jual Burger. Secara Part Time atau sambilan. Keinginan utama yang ada dalam dirinya adalah ingin mendapatkan sejumlah wang yang lebih supaya kehidupannya lebih dari tahap selesa. Bulan pertama dia sangat bersemangat sehingga menjana keuntungan yang besar. Masuk kepada bulan kedua, timbul perasaan malas dengan alasan Penat. Maka, ada hari-hari yang dia tak nak berniaga. Dengan berpendapat, "Esok masih ada lagi hari". Kelihatan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tapi jangan lupa, pelanggan makin 'berbulu' sebab apabila mereka nak mencari burger time tu la tutup kedainya. Pelanggan2 mula berubah kepada peniaga burger yang lain.

Tidak sabar dalam menekunkan diri juga memainkan peranan yang amat penting. COntoh peniaga yang sama, tidak sabar mungkin wujud seperti ingin kaya cepat. Oleh sebab wujudnya perasaan demikian, maka dikurangkan inti-inti didalam Burger tersebut seperti mengurangkan kuantiti sayur di dalam burger tersebut. Perbuatan ini nampak seperti mengatakan 'ya' kepada kekayaan. Tetapi, hakikatnya tidak. Selepas pelanggan menyedari ianya berlaku, pelanggan akan angkat kaki dan berubah minat kepada peniaga lain. Maka, apa maknanya tidak sabar yang telah dilakukan peniaga ini. Nothing! banyak lagi contoh lain yang boleh difikirkan oleh semua.

Penyelesaian kepada masalah ini adalah Jom kite same2 tanamkan sifat Tekun. Baik dari peringkat pelajar sehinggalah yang sudah bekerja. Setiap ketekunan ini bukan penyebab kepada kekalutan, kepenatan, penyeksaan, mahupun masalah. Tetapi KeTEKUNan ini adalah penyebab besar kepada sesebuah Kejayaan. InsyaAllah.


KESIMPULAN | Berjaya Dengan 8 Langkah :

Kesemua 8 ini adalah relevan dilakukan kepada semua manusia disemua peringkat umur. Jom kita bergerak kepada 1 lagi level yang dinamakan Kejayaan. From the beginning, kita just bayangkan sebelum sampai ke Level Kejayaan ini terdapatnya 8 Level. Apakah 8 Level ini? ia adalah point-point yang diberikan dalam topik 'Berjaya Dengan 8 Langkah'. Apabila kita dapat menyelesaikan 1 daripada 8 point tersebut. Bermakna kita telah naik kepada 1 Level. Tinggal 7 Level je lagi untuk sampai ke Puncaknya. Dan begitulah seterusnya.

Selamat berjaya semua, SEE YOU ON TOP!

No comments:

Post a Comment